Dari Dapur Kecilku

~ Customer Bentong ~ 0

Alhamdulillah bersyukur pada Allah kerana dia membuka ruang untuk aku terus maju lagi ke hadapan... pertama kali aku mendapat tempahan dari pelanggan yang jauh... dari Bentong... terima kasih pada adik Maizatul Musleh kerana sudi mencuba hasil tangan LCS... Mai tempahan kek cmc sebiji untuk birthday anak buahnya, kek karamel sebiji untuk makan2 keluarga, 50 biji cup cake untuk cukur jambul anak buahnya juga dan apam dot dot... alhamdulillah akhirnya kesemua tempahannya dapat disiapkan atas pertolongan ibuku serta adik sepupuku...


Kek Coklat Moist
Topping Butter Cream
Endible Barbie




Cup cake coklat moist

Apam dot dot (150 biji)

Terima kasih sekali lagi buat mai... tima kasih juga atas komen yang diberikan...lain kali boleh order lagi yer.... harap berpuas hati dengan tempahan... (cuma gambar kek karamel lupa nak ambil..)

~ Kek Strawberry ~ 0

Kali nie nak kongsi resepi kek strawberry... resepi nie dapat dari blog kak zai... mohon izin yer kak zai untuk kongsi resepi nie... kek saya buat masa sambutan birthday putera ke-2 saya... lihatlah hasilnya...



Resipi Kek Strawberry
sumber: kak zai (http://dapurcomelku.blogspot.com/)

Bahan Kek (Ini adunan asas, boleh tukar apa2 perisa ikut suka)
5 biji telur gred A
125 g tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*diayak 3 kali)
75 ml minyak jagung/sayur
160 g gula halus
15 g ovallate
2 camca besar susu segar
1 camca teh strawberry emulco

Bahan Lain
Krim putar secukupnya
Strawberry pie filling
Chocolate curls (gantikan ngan chips)
Strawberry segar secukupnya saya tak bubuh pun yg nie
Coklat rice ( i guna kepingan badam yg dibakar)

  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin kek berukuran 9 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Tuang gula halus bersama ovallate dalam mixing bowl, putar hingga ovallate mesra bersama gula halus.
  3. Masukkan kesemua 5 biji telur dan putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan kental seperti adunan baulu.
  4. Masukkan strawberry emulco dan putar hingga sebati. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Tuang susu segar dan putar hingga rata.
  5. Akhir sekali masukkan minyak jagung dan gaul rata.

  6. Tuang dalam tin tadi dan bakar 25 – 30 minit hingga masak.
  7. Keluarkan serta merta dan terbalikkan tin atas jaringan. Biar kek sejuk dalam bekas dalam keadaan terbalik. Bila betul2 sejuk baru tanggalkan tin.

Dengan pisau bergerigi, potong kek kepada 3 bahagian yang sama besar. Letak satu keping kek atas papan kek, sapu rata krim putar, sudukan strawberry pie filling dan ratakan. Tindih dengan lapisan kek kedua dan buat kaedah yang sama. Dan akhir sekali letakkan potongan kek terakhir. Sapu keseluruhan kek dengan krin putar dan hias ikut kreativiti masing2…Selamat mencuba..

~ CMC Filling Cheese with Fresh Fruit ~ 0

Tempahan dari Kak Nor Hashimah Ali untuk jamuan di bahagiannya sempena hari lahir staf, perpisahan dan sambutan ramadan... tak mahu tulis, cuma nak letak penuh buah2an... harap2 Kak Shimah dan staf bahagian berpuas hati dengan hasil tangan LCS... terima kasih atas tempahan.....





~ Kek Marble Susu ~ 0

Nie pulak kek untuk adik sepupuku yang sebenarnya birthdaynya hujung Julai... tapi buat celebrate sekali ngan puteriku... bukan hadil tangan LCS sahaja, hasil tangan kakak sepupu2nya juga... tulisan tu atas usaha kakaknya sendiri....tq...



Kek Marble Susu
Butter Cream
Strawberry Fresh

~ Barbie Doll ~ 0

Bila buka ajer blog kawan2 rasa teruja sangat tengok kek barbie yang mereka buat... memang cantik sesangat... teringin sangat nak buatkan untuk princess kesayangan masa birthdaynya... bila tengok ajer blog zura (member ofis) dah mencuba... sy pun tanyalah dia macam maner nak buatnya... sebab sy jenis malas nak potong2 kek... jadi belilah acuan skirt yang memang ader dijual... my hubby dan juga keluarga pun bg semangat kat sy untuk membuat kek princess... jadilah marilah kita lihat hasilnya...


Maaf skirtnya terpendek sedikit... percubaan pertamaku...

Abaikan segala barang2 kat belakang tu yer....

Alhamdulillah... akhirnya sy berjaya....
Princess pun teruja ngan keknya... Happy Birthday Sayang....

Lepas nie banyak lagi yang perlu sy perbaiki....

~ Apam Dot Dot ~ 0

Kali nie tempahan dari Kak Rosmiza pula, untuk majlis kenduri tahlil, filling strawberry dan filling blueberry ajer yang dapat dibuat... terima kasih atas tempahan kak... harap2 suka...




Filling Strawberry





Filling Blueberry



100 biji apam dot dot

~ Bluberry Cheese Cake ~ 0

Kek nie tempahan dari Kak Ct Hazlinda untuk birthday anak daranya.. Harap2 berpuas hati. Tq kak atas tempahan nie...



~ Kek Strawberry ~ dan ~ CMC Filling Cheese ~ 0

Kali nie tempahan dari kakak2 sepupuku untuk sambutan hari lahir anak2nya... 2 jenis satu Kek Strawberry nak BEN10 untuk Farhan dan satu lagi CMC Filling Cheese Barbie untuk Dayana.... jadi sambutannya buat sekali... yang paling mencabar kek BEN10 nie... first time aku lukis sendiri atas pertolongan my hubby... alhamdulillah jadi cuma warnanya ajer bertukar jadi oren (sebab warna kuning tak der stok kat rumah)... Selamat Hari Lahir buat kedua2 anak buahku... harap berpuas hati....






Kek Strawberry
Filling Strawberry
Topping Butter Cream, BEN10, coklat



CMC Filling Cheese
Topping Ganache
Gambar Barbie



Inilah dia hasil kedua2 kek yang LCS buat...

~ CMC Filling Cheese ~ 0

Nie tempahan dari regular customer juga Nadirah Masri... tempahan kali nie untuk birthday adiknya... request nak letak strawberry... inilah hasilnya... tq atas tempahan...




CMC Filling Cheese
Topping Ganache
Strawberry Fresh

~ CMC Filling Cheese Lagi ~ 0

Kali nie tempahan dari Kak Latifah Mohd Lazim... katanya untuk jamuan bahagian.. percubaan pertama untuk fresh fruits... LCS cuma ada strawberry ngan kiwi ajer.. jadi letaklah di atasnya... harap2 berpuas hati yer.... sebenarnya nak minta maaf sebab terlupa nak tulis... kak jangan serik nak tempah lagi....







CMC Filling Cheese
Topping Ganache
Fresh Fruits
3.7 kg...

~ CMC Filling Cheese ~ 0

Tempahan dari Meq Zakiah untuk suami dan anaknya... maaf tulisan kurang nampak.. tq atas tempahan...



CMC Filling Cheese
Topping Ganache dan Butter Cream
Fresh Cherry


Tempahan dari first customer lelaki.. Encik Syed Manshor khas untuk hari lahir isteri tersayang...



CMC Filling Cheese
Topping Butter Cream
Fresh Strawberry

* Harap2 kedua2 customer LCS berpuas hati dengan hasilnya... jgn serik untuk buat tempahan lagi...

~ CMC Filling Cheese ~ dan ~ Fruits Pai ~ 0

Kali nie tempahan dari Kak Meq Sabariah untuk hantaran perkahwinan anaknya... dua jenis iaitu kek dan pai... keknya bertemakan Kelabu Purple... pai buah-buahan (strawberry, kiwi dan anggur)... harap2 Kek Meq dan anaknya suka dengan hasil LCS...




CMC Filling Cheese
Butter Cream
Bunga Gumpaste





Fresh Strawberry, Kiwi dan Anggur

~ CMC Filling Cheese ~ 0

Dah banyak kali permintaan putera sulungku nak kan kek padang bola... tapi masih belum berkesempatan nak membuat...akhirnya sabtu minggu lepas aku buatkan sebiji kek padang bola untuk dia... maaf yer along... ibu sibuk membaking untuk orang tapi anak sendiri lambat sikit.... inilah hasilnya kek padang bola anakku... akhirnya baru menjadi rumputnya... deco tepinya sahaja bagi x licin...







CMC Filling Cheese
Butter Cream

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...