Dari Dapur Kecilku

Apam Polkadot 0

Tempahan Apam Polkadot daripada Ain sebanyak 100 biji dengan pelbagai perisa


Kek Span Coklat 0

Tempahan daripada Hasana (IPK Seremban) untuk birthday anaknya... nak bentuk Angry Bird.. inilah hasilnya...



Kek Span Coklat Ganache 0

Tempahan daripada Omel untuk kek hantaran perkahwinannya...
"Selamat Pengantin Baru"
Omel & Shahrul




Kek Barbie, Jeli Limau & Apam Polkadot 0

Tempahan daripada Hasina sempena sambutan hari lahir anaknya Nurin Aina Ke-2... maaf gambar kurang memuaskan guna telefon bimbit sahaja... terima kasih

Kek Coklat Moist & Kek Butter Marble

Barbie di Taman
3 - 4 kg

Apam Polkodot bentuk Strawberry

Apam Polkodot inti Nanas

Jeli Limau

Inilah ketiga2 tempahannya...

Kek Coklat Moist 0


Tempahan daripada Kak Zarinah sempena birthday suaminya, untuk makan bersama2 keluarga... terima kasih...



Resepi Kek Gulung 0

Ramai pula yang bertanya macam mana buat kek gulung... resepi yang diperolehi daripada blog Kak Wan http://citarasawan.blogspot.com/ ... memang sedap sekali kek gulung ini...bolehlah mencubanya... kalau rasa kurang rajin nak buat boleh sahaja order dengan DDK sahaja... jom mulakan... terima kasih Kak Wan sudi kongsi resepi ini. DDK ada buat pelbagai perisa.

STRAWBERRY SWISS ROLL
Sumber: Kak Wan
Bahan-bahan
Bahan A
3 biji kuning telur
75gm gula kastor
50ml air
40ml minyak jagung/minyak masak
80gm tepung gandum – ayak
1 sudu teh esen vanila

Bahan B
3 biji putih telur
2 sudu teh gula kastor
1/8 sudu teh cream of tartar

Bahan C
Jem strawberry secukupnya
Pewarna pink (strawberry) dan hijau (daun)
Coklat emulco dan lidi

Loyang 10 x 10 (yang Kak Wan guna)
Loyang 14 x 10 (yang DDK guna) 

Cara-cara

1.         Pukul bahan B hingga kembang dan bertanduk.
2.         Pukul kuning telur dan gula hingga kembang diikuti air, minyak, esen vanila dan tepung. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga putih dan gebu. Kaup balikkan dengan adunan B hingga bergaul rata.
3.         Ketepikan 2 ½ sudu besar adunan (tambah pewarna pink) dan 2 sudu besar adunan (tambah pewarna hijau). Masukkan kedua-dua adunan ke dalam piping bag kecil yang di gunting sedikit muncungnya. Pipe ke atas loyang bentuk strawberry dan daun.
4.         Bakar di dalam oven yang dipanaskan dahulu pada suhu 170C selama 1 minit. Angkat dan ketepikan.
5.         Tuang baki adunan ke atas motif strawberry, ratakan dengan spatula. Bakar pada suhu 170C selama 10 – 15 minit.
 6.         Keluarkan dari oven dan sejukkan di atas redai selamat 10 minit. Terbalikkan di atas sehelai kertas minyak yang lebih besar. Keluarkan kertas alas bawahnya. Lapis sehelai lagi kertas minta di atas motif strawberry kemudian terbalikkan ke atas. Sapu rata jem strawberry, kemudian gulung dengan perlahan-lahan.
7.         Celup lidi di dalam coklat emulco dan buat titik untuk bijinya.
8.         Simpan di dalam peti sejuk sebelum di potong.




~ Kek Gulung ~ 2

Tempahan daripada Malissa dan Kak Zeti... terima kasih...

Perisa Strawberry, Nanas dan Mix Fruit (x der dalam gambar)

~ Angry Bird ~ 0

Kek Span Coklat cuma isinya buat ala ala kek indulgent SR khas untuk anakanda Putera Safwan.. atas permintaannya nak kek Angry Bird... percubaan pertama DDK menyediakan kek ini... alhamdulillah... inilah hasilnya...



~ Kek Gulung Strawberry & Nanas ~ 0

Kek ini merupakan kek terbaru keluaran DDK



Isi Strawberry

Isi Nanas

~ Jeli Oren ~ 0

Tempahan daripada Cikgu Fatimah (SM KGV)... terima kasih cikgu.....


Sebenarnya dah terlupa nak ambil pic nya.. cuma ader yang ini ajer...maaf yer cikgu cuma ada gambar ini sahaja... cikgu order sebanyak 15 biji..

~ Kek Span Coklat Ganache ~ 0

Tempahan daripada Puan Nor Hashimah Ali untuk makan bersama-sama keluarga... terima kasih banyak2 bos.



~ 2 Tahun ~ 2

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT atas limpah rahmat yang diberikan pada 22 Mac 2012 yang lalu genap sudah 2 tahun blog ini dihasilkan. Pada mula cuma menghasilkan bekas botol, kemudian berjinak-jinak dalam menghasilkan biskut semperit dan seterusnya mencuba pelbagai jenis kek. Inilah segala hasilnya sehingga ke hari ini. Tidak lupa diucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa, suami, anak-anak yang sangat memahami  dan saudara-mara yang sudi memberikan galakan dan dorongan serta komen-komen yang membina, juga pada para pelanggan yang sudi membuat tempahan. Walau bagaimanapun masih banyak yang perlu dipelajari. Terima kasih sekali lagi buat semua, tanpa semua tidak akan terhasil kejayaan ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...