Dari Dapur Kecilku

~ 2 Tahun ~

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT atas limpah rahmat yang diberikan pada 22 Mac 2012 yang lalu genap sudah 2 tahun blog ini dihasilkan. Pada mula cuma menghasilkan bekas botol, kemudian berjinak-jinak dalam menghasilkan biskut semperit dan seterusnya mencuba pelbagai jenis kek. Inilah segala hasilnya sehingga ke hari ini. Tidak lupa diucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa, suami, anak-anak yang sangat memahami  dan saudara-mara yang sudi memberikan galakan dan dorongan serta komen-komen yang membina, juga pada para pelanggan yang sudi membuat tempahan. Walau bagaimanapun masih banyak yang perlu dipelajari. Terima kasih sekali lagi buat semua, tanpa semua tidak akan terhasil kejayaan ini.

2 comments:

- dieyana - said...

Tahniah DDK! Semoga terus maju jaya dengan penghasilan dari dapur kecil awak, dan terus menghasilkan resepi2 baru....

dari dapur kecilku said...

Terima kasih kawanku...tanpa semuanya tiadalah DDK...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...